Friday, October 5, 2012

Pembenihan Semulajadi ikan, Udang Galah dan Ketutu.


Udang galah / Giant Freshwater River Prawn
(Macrobrachium Rosenbergii)

Mengenali Jantina Udang Galah


Udang Galah Jantan - Fizikalnya lebih besar dari Udang Galah Betina dan memiliki galah dan sepit yang panjang berwarna biru
Udang Galah Betina,  Galah dan sepitnya lebih kecil dari Jantan
Biologi Am

Habitat asal udang galah ini ialah disungai yang berair tawar terutama di hulu sungai yang airnya bersih. Walaubagaimanapun ketika induk betinanya hendak bertelur  ia akan menuju ke kawasan hilir sungai iaitu kawasan berlaku percampuran air tawar dan air laut yang dikenali dengan istilah air payau.

Dikawasan ini, Udang galah betina akan melepaskan telur yang akan menetas menjadi anak udang yang sangat kecil dikenali sebagai larva. Jumlah telur bagi satu induk dianggarkan berjumlah 80,000 - 100,000. Selepas menetas larva ini (dilihat dibawah kanta pembesar atau mikroskop) bergerak dengan pantas (free swim), keatas kebawah, arah  pergerakannya ke belakang dengan bahagian perutnya keatas. (terbalik)

Ketika ini larva memerlukaan air payau , larva yang menetas dalam air tawar akan mati.

Larva hidup dengan memakan hidupan seni yang lain seperti rotifer, copepod, protozoa dan lain-lain dari kategori fitoplankton / zooplankton yang sangat kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop.

Larva ini akan bertukar menjadi Post Larva (PL) selepas berusia 30 hari keatas (bergantung kepada pemakanan, persekitaran, cuaca dan sebagainya).

PL mula berenang normal (kedepan) bersifat omnivor memakan (serangga dan tumbuhan) serangga / kutu air dan larvanya, alga, anak-anak  siput, kerang-kerangan, daging ikan dan haiwan lain yang mati dan mereka juga bersifat cannibalistik (memakan sesama sendiri). 

Ketika itu ia mula akan berpindah ke kawasan air tawar untuk pembesaran.

Oleh itu, pembenihan udang galah didalam kolah atau tangki haruslah dibuat dengan meniru ciri-ciri asal habitat udang galah ini.

Induk

Keperluan utama sebelum boleh melakukan pembenihan udang galah ini ialah kita perlu memiliki stok induk (jantan dan betina) yang mencukupi diternak dalam takungan khas. Sekiranya anda tidak memiliki stok induk , anda boleh membeli dari penternak udang galah atau nelayan sungai yang kebiasaannya diperolehinya dengan cara memancing.

Anda perlu memeriksa induk yang dibeli itu supaya tiada kecacatan. Mungkin ada yang sepitnya telah terputus / atau tertanggal dan sebagainya yang anda perlu periksa.

Ratio yang sesuai ialah 1 jantan 3 betina (1:3) Kolah takungan bersaiz 6 kaki x 10 kaki boleh memuatkan lebih kurang 20 ekor induk udang. Jumlah udang tidak boleh terlalu banyak kerana udang galah memiliki sifat "territorial" dan "cannibalistic"

Sifat Udang Galah

"Territorial" bermaksud udang galah jantan memiliki kawasannya tersendiri (territory). Udang jantan lain yang memasuki kawasannya akan diserang.

"Cannibalistic" bermaksud udang galah boleh memakan sesama sendiri. Yang selalu menjadi mangsa ialah udang yang sedang bersalin kulit. (Dalam tempoh pembesaran, udang ini akan menyalin kulit beberapa kali, kulit lama akan tanggal digantikan oleh kulit baru, proses ini memakan masa beberapa jam sehingga kulit barunya menjadi keras dan udang itu cergas kembali). Semasa udang menyalin kulit, biasanya ia akan pergi sejauh mungkin (bersembunyi) dari udang-udang  yang lain. Ketika ini udang itu berada dalam keadaan yang sangat lemah. Sekiranya ia ditemui oleh udang lain, ia akan dimakan oleh udang itu.


Dengan memahami 2 sifat ini, kolam udang atau kolah tempat simpanan induk ini perlu disediakan beberapa sekatan / halangan dari jaring atau apa yang sesuai supaya mereka tidak kerap bertemu dan ini akan mengurangkan kadar kematian udang. Berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan, penggunaan tabir sebegini dapat mengurangkan kadar  kematian sebanyak 25%. Warna tabir yang paling sesuai ialah warna perang seperti gambar diatas.

Bekalan Oksigen

Udang galah bernafas hanya menggunakan D/O (Dissolve Oxigen) atau oksigen terlarut yang terdapat dalam air. Tidak seperti ikan yang boleh bernafas menggunakan 2 cara iaitu menggunakan oksigen terlarut (menggunakan insang) dan timbul mengambil oksigen di permukaan air.

Sebab itu udang (tidak kira apa jenisnya) jika ditangkap dan diletakkan dalam tangki / kolah yang tidak disediakan bekalan oksigen akan mati dalam tempoh yang singkat.(apabila D/O dalam bekas / kolah itu habis)

D/O akan terhasil sekiranya ada pergerakan air. Apabila air mengalir akan terhasil D/O. Sebab itu kolam udang mesti mempunyai paddle wheel (alat pengayuh) yang sentiasa berputar menggerakkan air untuk menghasilkan D/O.

Sekiranya  paddle wheel terhenti disebabkan terputus bekalan elektrik atau masalah lain, maka nyawa udang dalam kolam itu pun turut terhenti. Oleh sebab itu, kolam udang mesti mempunyai automatic backup generator yang secara automatik akan berfungsi sekiranya berlaku terputus bekalan elektrik.

Kolah atau takungan yang sesuai untuk menyimpan induk

Saiz 6 kaki x 10 kaki (untuk 20 ekor induk udang galah). Kedalaman 2 inci (cukup untuk menenggelamkan udang sahaja). Didalamnya letakkan beberapa ketul batu sebagai tempat udang memanjat untuk bernafas sekiranya berlaku terputus bekalan oksigen.

Gunakan sebuah pam air akuarium jenis submersible yang ditenggelamkan keseluruhannya diletakkan dalam keadaan condong. Yang timbul hanyalah corong pancutan airnya yang memancutkan air ke satu sudut yang  boleh memusingkan air dalam kolah itu.

Pam ini perlu ditenggelamkan keseluruhannya kerana jika diletakkan separuh tenggelam dan separuh timbul, pam ini akan cepat rosak. Kerana perbezaan suhu, apabila pam ini dijalankan selama 24 jam sehari, bahagian yang tenggelam akan sejuk, bahagian yang timbul akan panas, lama-kelamaan bahagian yang panas akan meretak dan membenarkan air masuk ke dalamnya. air yang masuk akan menyebabkan litar pintas seterusnya pam itu akan rosak. Jika keseluruhan pam itu ditenggelamkan, perbezaan suhu tidak berlaku dan pam ini akan dapat bertahan lebih lama.


Submersible (Aquarium) Water Pump For M.Rosenbergii
Parent / Boodstock Tank.

Ini lah cara yang saya gunakan untuk menyimpan induk udang galah. Pernah beberapa kali berlaku terputus bekalan elektrik atau pam tidak berfungsi, tetapi induk udang masih dapat bertahan dan tiada yang mati kerana air yang cetek itu membolehkan mereka survive.

Pembenihan udang galah
Pembenihan udang galah tidak memerlukan sebarang suntikan hormon. Yang perlu hanyalah stok induk. Apabila ada induk yang matang, asingkannya dalam sebuah akuarium sehingga ia menetaskan telurnya secara semulajadi.

Induk diberi makan setiap hari menggunakan makanan pellet udang. Bentuknya seakan pellet makanan ikan tetapi bila dimasukkan kedalam air, ia akan tenggelam ke dasar atau juga dikenali sebagai pellet tenggelam. Ini disebabkan udang galah hidup dengan cara merangkak di dasar kolam tidak seperti ikan yang berenang di merata kawasan kolam. Sambil merangkak udang akan memakan makanan yang dijumpainya menggunakan penyepitnya sebagai tangan.

Putih telur ayam rebus atau hati ayam mentah juga boleh digunakan sebagai makanan induk udang galah.

Bekalan Air Untuk Pembenihan

Air adalah perkara yang paling mustahak diberi perhatian, kegagalan menyediakan air yang sesuai akan menyebabkan pembenihan ini gagal. Air yang digunakan untuk membuat pembenihan udang galah ialah air payau, berikut adalah cara-cara untuk menghasilkan air payau.

Maklumat
ppt=part per thousand
ppm=part per million
saliniti=tahap kemasinan
Saliniti air laut=30-36 ppt
Saliniti air tawar=0 ppt (air hujan)


Air Tawar
Air tawar yang paling mudah diperolehi dan selamat ialah air hujan kerana ia tidak mengandungi sebarang unsur lain seperti kimia, baja, sisa pertanian dan industri seperti mercury, arang ,zink, iron, klorin dan lain-lain unsur yang boleh menjadi racun kepada larva. Semasa menadah air hujan pastikan tidak menggunakan bekas dari logam.

Kalau menggunakan air dari parit, taliair, telaga atau sungai pastikan air benar-benar bersih dan tidak mengandungi unsur-unsur tersebut.

Teknik 1-Mencampurkan air laut dengan air tawar
1 bahagian air laut dan 2 bahagian air tawar

Teknik 2-Mencampurkan air tawar dengan garam
30 gram (satu sudu teh) garam bagi 1 liter air tawar

Tambah dan kurangkan air tawar dan air laut / garam (adjust) sampai dapat saliniti 12 ppt. Saliniti diukur dengan refractometer. Saliniti yang dikehendaki ialah 12 ppt. Larva boleh toleran pada saliniti 8-18 ppt. Walaubagaimanapun saliniti yang paling baik adalah 12 ppt.

Digital Handheld Refractometer
Suhu
Gunakan alat pemanas akuarium atau mentol elektrik.
Suhu yang baik ialah antara 28°-30° C
<25° C - perkembangan perlahan
33°< C - kematian larva
Kenaikan dan penurunan suhu secara mendadak (perubahan suhu) 0.5° C pun ada kesan kpd larva.

Induk Yang Matang (Berried Female)

Induk yang ditempatkan didalam kolah hendaklah diperhatikan setiap hari, Induk betina yang membawa telur akan kelihatan telurnya berwarna oren dibawah perutnya. Dalam masa 8-10 hari telur itu akan bertukar menjadi warna kelabu menandakan telur itu sudah matang dan hampir menetas.

Telur yang sudah matang berwarna kelabu (bawah)
Sediakan sebuah akuarium berukuran 1 x 1.5 kaki, (letakkan kertas, plastik atau apa sahaja yang berwarna putih dibawah akuarium itu, ini untuk memudahkan kita melihat larva yang akan menetas kelak) dan letakkan seekor induk betina yang sudah matang (telur berwarna kelabu) berikan makan sedikit sahaja putih telur rebus (ketika ini induk kurang makan tetapi kalau langsung tidak diberi makan, induk akan makan telurnya sendiri, dan untuk menjaga kualiti air agar jangan tercemar) serta diberi pengudaraan berterusan.

Induk ini hendaklah diperhati selalu. Suhu ditetapkan pada 28-30° C dan air yang digunakan adalah air payau saliniti (12 ppt) seperti maklumat yang dinyatakan diatas.

Apabila telur dibawah perutnya kelihatan semakin mengecil / mengempis itu bermakna telurnya sudah menetas. Gunakan kanta pembesar untuk melihat larva yang telah menetas itu, dengan bantuan lantai yang berwarna putih dibawah akuarium akan memudahkan kita melihat larva yang telah menetas. Jumlahnya berpuluh ribu, sangat kecil dan berenang bebas. Ketika ini larva berenang dengan perutnya keatas dan kearah belakang (berenang terbalik)

Biarkan induk itu selama 2-3 hari sehingga telur tidak kelihatan lagi dibawah perutnya. Keluarkan induk itu dan letakkan kembali induk itu ke kolah induk.

Menternak Artemia Untuk Makanan Larva Udang Galah

Artemia adalah sejenis hidupan seni (Zooplankton) yang hidup dilaut. Artemia yang telah  dikeringkan / (frozen) dan ditin boleh didapati di pasaran. Nama lain adalah Brine Shrimp.Artemia Nauplii, Artemia Cysts, Brine Egg dan lain-lain.
Harga satu tin antara RM150 ke RM300 dan berbeza mengikut kualiti dan tempat.
Peralatan yang diperlukan untuk menternak Artemia

1-Sebuah akuarium 1 x 2 kaki
2-Alat oksigen (kalau ada lebih baik, kalau tiada tak mengapa)
3-Air payau
4-Satu sudu teh artemia
5-Makanan artemia (setelah hidup dan membiak) tepung gandum, tepung soya atau bahan organik lain.

Caranya

Akuarium diisi dengan air payau / masin saliniti (8-300 ppt) dan dipasang oksigen. Masukkan satu sudu teh serbuk artemia dan dibiarkan selama beberapa jam. Artemia akan hidup dengan sendiri didalam air payau itu Pergerakannya boleh dilihat dengan mata kasar atau dengan kanta pembesar. Pada masa ini, artemia sudah boleh disauk menggunakan penapis teh dan diberi makan kepada larva udang galah.

Sekiranya kita ingin menternak artemia ini, kita perlu memberi makan seperti tepung gandum, tepung soya atau susu tepung dan lain-lain.Jumlahnya jangan terlalu banyak supaya tidak menjejaskan kualiti air, satu sudu teh sudah cukup.

Artemia yang telah membiak dalam akuarium

4 Peringkat Pembesaran Udang Galah

Larva
Post Larva (PL)
Juvenile
Udang Dewasa

Membuat pembenihan ikan puyu dan sepat tanpa menggunakan hormon

Asas kepada teori ini adalah pemerhatian terhadap proses pembenihan ikan secara semulajadi yang berlaku di sungai, tasik, parit, laut dan lain-lain. Tiada siapa yang melakukan suntikan hormon kepada ikan-ikan yang hidup bebas itu. Bagaimana mereka membiak???

Jawapan yang boleh diterima semua adalah,  semua itu berlaku dengan kehendak Allah s.w.t.. tetapi bagaimana?? Pasti ada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh yang Maha Kuasa dalam hal itu. Oleh itu kita sebagai manusia yang dikurniakan dengan akal fikiran hendaklah merenung dan mengkaji perkara itu untuk diambil manafaat daripadanya.

Disini saya akan kongsikan secara ringkas teknik pembenihan tersebut untuk ikan puyu dan sepat, Pertama, sediakan sebuah kolam tanah yang telah dibersihkan dan diisi air sebelumnya. Kedua sediakan sebuah sangkar dari jaring halus (cukup untuk menghalang induk keluar dan membenarkan anak ikan keluar) tiangnya ditinggikan dari permukaan air sekurang-kurangnya sekaki dan bertutup atasnya untuk menghalang induk melompat keluar. Saiz sangkar adalah mengikut jumlah induk yang akan diletakkan disitu kalau banyak induk saiznya hendaklah lebih besar.

Masukkan beberapa pasang induk jantan dan betina kedalamnya. induk betina hendalah dipilih dari kalangan yang telah betul-betul bunting. letakkan beberapa jambak pokok keladi bunting didalamnya. Induk ini diberi makan setiap hari, 2-3 hari sekali induk ini diperiksa. Induk betina yang telah melepaskan telurnya (perutnya telah kempis) dikeluarkan dari sangkar ini dan simpan balik dalam kolam induk.Ulangi proses ini sehingga semua induk betina telah melepaskan telurnya.  Ketika ini anak ikan telahpun memenuhi kolam ini. beri makan kepada anak ikan ini sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini.

Ikan tilapia (hitam dan merah)

Sediakan sebuah kolam tanah, masukkan beberapa pasang ikan tilapia dewasa, letakkan tumbuhan air seperti keladi bunting disitu.

Beri makan setiap hari. Apabila induk tilapia cukup matang (4-5 bulan keatas), mereka akan mengawan dan induk betina akan melepaskan telur sebanyak 2 kali sebulan.

Anak ikan (rega) yang menetas hendaklah disauk dan dipindahkan ke kolam asuhan (kolah PVC,fiber dll), waktu paling mudah untuk menangkap rega adalah pada waktu pagi 7.00-8.00 pagi Ketika ini oksigen terlarut (DO) didalam air sangat kurang kerana tiadanya cahaya matahari dan angin bertiup pada malam hari. Ini memaksa rega terpaksa timbul ke permukaan air untuk bernafas.

Rega dipelihara dalam kolah asuhan sehingga mencapai saiz 1 - 2 inci sebelum dilepaskan ke kolam tanah untuk pembesaran.

Pembenihan Ikan haruan

Sediakan sebuah kolam tanah, (sebaiknya kolam simen berlantai tanah) berjaring diatasnya untuk menghalang ikan melompat keluar. Letakkan beberapa pasang induk haruan. letakkan juga tumbuhan air didalamnya seperti keladi bunting dan lain-lain tumbuhan yang sesuai.

Beri makan setiap hari makanan yang paling sesuai adalah makanan hidup (anak-anak ikan dan anak udang) kulit atau lemak ayam yang telah direbus juga boleh diberikan. Pellet makanan ini jenis terapung yang biasa terdapat dipasaran boleh dicuba, Mula-mula mungkin dia tak makan, tapi lama-kelamaan mungkin dia makan juga.

Makanan yang paling disukai ikan haruan adalah makanan hidup (anak ikan dan udang) memang ada dijual dikedai akuarium, tapi mampukah kita membelinya setiap hari?? kulit ayam rebus saya telah cuba dan memang dimakannya sebab ada bau daging. kalau pelet ikan biasa tidak dipandangnya. tak tahulah saya, mungkin tuan-tuan boleh mencubanya sendiri.

Bagi pihak yang benar-benar serius menternak ikan haruan ini, saya sarankan bina kolam anda berdekatan dengan sungai yang banyak terdapat anak-anak ikan seperti ikan seluang dan anak udang dan boleh ditangkap dengan mudah menggunakan kaedah jaring atau sauk. Ataupun sediakan kolam besar dan masukkan sebanyak-banyaknya anak-ikan seluang dan anak udang yang ditangkap disungai berdekatan. beri makan setiap hari sehingga mereka benar-benar telah membiak, selepas itu barulah mulakan penternakan ikan haruan ini.
  
Berbalik kepada kolam yang telah diisi dengan induk haruan. Apabila mereka cukup matang dan mengawan. Induk betina akan menghasilkan anak-anak haruan, warnanya merah sebagaimana yang kita biasa lihat. Ketika ini, anak-anak haruan tidak boleh dipisahkan dari induknya, Sekiranya diperhatikan pada waktu senja, anak-anak haruan akan masuk kedalam mulut ibunya. pada esok paginya induknya akan melepaskan mereka. Keadaan ini berlaku setiap hari sehinggalah anak-anak haruan ini bertukar warna dari merah kepada kehitaman (saiz setengah inci) ketika ini mereka sudah boleh berdikari dan mulai berpisah dari induknya.

Pada waktu ini kita sudah boleh memisahkan anak haruan dari induknya. Kalau menggunakan kolam simen berlantai tanah, airnya boleh dikeluarkan untuk mengutip anak-anak haruan dan induknya boleh dikembalikan dalam kolam induk. Atau dengan menggunakan jaring atau jala untuk menangkap induknya.

Memang induk haruan akan makan anaknya sendiri, untuk mengurangkan  perkara ini berlaku, kita hendaklah menyediakan makanan untuk induk seperti anak-ikan seluang dan udang, kalau makanan kurang memang anak sendiri dimakannya.

Menghasilkan Zooplankton (Moina, kutu air, cecacing halus, dan hidupan-hidupan  seni yang lain)


Ikan haruan adalah sejenis ikan pemangsa, oleh itu, anak-anaknya juga memiliki sifat yang serupa. Anak ikan haruan memakan hidupan seni, anak-anak ikan, anak udang, jentik-jentik nyamuk dan lain-lain lain. Hidupan seni ini boleh diternak sendiri. Berikut adalah cara-cara menternak hidupan seni ini.
  
1-Sediakan sebuah takungan berupa tangki pvc, politank atau bekas yang sesuai.
2-Isikan bahan-bahan organik seperti najis ayam, buah-buahan terbuang atau ikan baja.
3-Isikan air dalam takungan itu dan biarkan terdedah kepada cahaya matahari.

Dalammasa 2-3 minggu berikutnya kita akan dapat melihat hidupan-hidupan  seni ini akan wujud dengan sendiri didalam takungan  itu. Kalau bilangannya sangat kurang atau tidak menjadi, anda perlu menjelajah dikawasan sekitar  anda seperti didalam longkang, tepi parit, limbah dan sebagainya. Atau didalam longkang kawasan perumahan yang agak tercemar. Kebiasaannya kita akan dapat menemui hidupan-hidupan seni tersebut. Sauk menggunakan jaring halus (seperti penapis teh) dan masukkan kedalam takungan  itu. Berikan sedikit masa sehingga hidupan seni itu telah membiak. Pada masa ini bolehlah anda memberi makan kepada anak-ikan haruan tersebut dengan makanan hidup yang dihasilkan sendiri.

Ikan Ketutu (Marble Goby)

Ikan ketutu dikenali diseluruh dunia sebagai ikan air tawar yang paling mahal dan sukar diternak. Maklumat mengenainya juga amat sukar diperolehi. Harganya di pasaran KL tidak kurang dari RM80 sekilogram bagi ikan ketutu yang beratnya sekg keatas. 

Masalah yang dihadapi untuk menternak ketutu ialah:-

1- Makanan. ikan ketutu tidak makan pellet ikan, ia hanya makan makanan hidup seperti anak ikan dan udang. Tabiat pemakanannya serupa dengan ikan haruan. sekiranya anda dapat memahami tabiat makan ikan haruan maka bolehlah menternak ketutu.

2- Saiz yang dikehendaki oleh pasaran ialah ikan itu mesti beratnya se kilogram keatas. Kalau beratnya dibawah sekilo harganya akan jatuh. 

3- Jangkamasa lebih kurang setahun diperlukan untuk menghasilkan ikan ketutu yang berat sekilogram dengan jagaan intensif.

Benih ikan ketutu

Kebanyakan benih ketutu diperolehi dengan cara menangkap anak ikan ketutu yang bersaiz lebih kurang 1 inci didalam bekas lombong atau sungai. Ada pihak yang kerjanya mencari dan menjual anak ikan ketutu ini, anda boleh membuat carian dalam google 
    
Tabiat Ikan Ketutu

Ikan ketutu kurang bergerak, kebanyakan masanya dihabiskan dengan duduk berdiam diri didalam air. ia hanya akan bergerak ketika mencari makanan dengan cara menyerang mangsanya (anak ikan dan udang) secara mengejut.

Persekitaran yang gelap amat disukainya kerana ini akan memudahkannya menyerang mangsanya. kebiasaannya mereka akan mencari makanan pada waktu malam.

Menternak ikan Ketutu dalam kolam tanah

Sediakan sebuah kolam tanah yang sesuai, kolam perlu dikering dan dikaporkan untuk membunuh seberapa banyak pemangsa. Selepas itu kolam dibaja untuk mewujudkan plankton dan zooplankton makanan anak ikan. setelah air kolam menjadi hijau menandakan telah wujud plankton dan zooplankton, masukkan seberapa banyak anak ikan kecil seperti ikan seluang dan udang sungai. Beri makan setiap hari sehingga anak ikan dan udang betul betul telah membiak. Setelah itu barulah dimasukkan anak ikan ketutu kedalamnya. 

Anak ikan dan udang perlu diberi makan setiap hari supaya mereka terus membiak untuk menjamin bekalan makanan kepada ikan ketutu sentiasa ada.

Sekiranya anda tinggal berhampiran dengan sungai yang ada banyak anak ikan dan udang. Anda boleh menggunakan tangguk atau sauk yang sesuai untuk menangkap seberapa banyak anak ikan sungai dan dimasukkan kedalam kolam ketutu. Atau anda boleh menyediakan kolam simpanan yang hanya anak ikan dan udang sahaja diternak disitu sebagai makanan simpanan yang boleh ditangkap bila-bila masa yang dikehendaki.

 Menangkap Ikan ketutu dalam kolam tanah.

Sebaik-baiknya air kolam hendaklah dikurangkan sehingga 15% sahaja air yang tinggal didalam kolam. Setelah itu anda boleh menggunakan jala atau pukat tarik untuk menangkap ikan. Setelah beberapa kali dipukat dan ikan yang diperolehi semakin berkurangan maka air kolam itu boleh dikeluarkan sepenuhnya sehingga tinggal lopak-lopak air sahaja. Pada waktu ini kerja menangkap ikan hendaklah dilakukan dengan tangan. Ikan ketutu seperti ikan haruan sangat bijak bersembunyi didalam lumpur. Caranya ialah anda hendaklah meraba dengan tangan diseluruh  kawasan lopak yang disyaki ikan ini bersembunyi. Apabila tersentuh sahaja badan ikan ini, ia akan terkejut dan melompat, pada masa ini apa lagi .. kejar la ramai ramai sampai dapat.

Menternak ikan ketutu dalam kolam buatan( pvc/ asbestos/simen/kanvas dll)

Ikan ketutu juga boleh diternak dalam kolam buatan dan ini akan memudahkan kita memantau perkembangan ikan ketutu ini.

Sebaik-baiknya kolam buatan ini hendaklah ditempatkan didalam bangunan supaya dapat mewujudkan persekitaran yang gelap untuk menggalakkan mereka aktif makan. Makanan seperti anak ikan dan udang sungai hendaklah sentiasa ada didalam kolam ini.

Letakkan beberapa batang paip bersaiz 4-6 inci ukur lilit yang dipotong sepanjang kira-kira sekaki didalam kolam buatan ini sebagai tempat ikan ketutu berehat sambil menunggu anak ikan mangsanya melintas. Paip-paip ini boleh disusun bertingkat-tingkat dan ditenggelamkan didalam air.


Paip-paip ini hendaklah diletakkan ditengah kolam. kedua-dua lubangnya menghala ke kawasan yang lapang sekurang-kurangnya 5 kaki dari dinding. Sekiranya lubang paip  berhampiran dengan dinding, ikan ketutu boleh tercedera ketika ia menghambur / menangkap mangsanya dan terlanggar dinding.
Paras air 1-2 kaki sudah cukup,  dan air dalam kolam ini hendaklah ditukar 70% dalam masa 4-7 hari. Sebaik-baiknya pengudaraan (aeration) mesti disediakan. Pengudaraan berbentuk gelembung oksigen atau pam air (sistem air berpusing) adalah sesuai digunakan. 

Walaubagaimanapun sekiranya pengudaraan terhenti, tidak menjadi masalah bagi ikan ketutu ini. Mereka tidak mati. yang akan mati adalah udang sungai makanannya.

Sekiranya pihak tuan ada sebarang komen, pertanyaan, ingin bantuan atau bekerjasama dengan saya sila hubungi 

6019-6741196
6016-9007857 (whatsapp)
kopetas30@gmail.com
Salahuddin

3 comments:

  1. Hope to contact with company/person to joint venture for Udang Galah.
    scolpion@hotmail.com

    ReplyDelete
  2. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ....................................................................................................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    ▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

    En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570

    ReplyDelete